Searching for jannah

D'Boss!

Assamualaikum ! be nice here . leave ur footprints at my cbox :)Do read do follow

Entries About Linkies Stuff


Chatting


Credits!

Template: zaatboy boy
Basecodes: AtieQa Afiqah
Others:   

the pious student.. ^_^

assalamualaikum... hari nie salina nk kongsikan sebuah cerita sikit .. tp dalam bentuk komik.. hope enjoy ok ^_^



pada suatu malam , seorang pemuda duduk di dalam sebuah masjid seorang diri mengulang kaji pelajarannya dan dia hanya bertemankan sebatang lilin..
 pada satu masa yang sama, rusuhan sedang berlaku di luar masjid dan seorang gadis yang ingin pulang ke rumah ketakutan lalu singgah ke masjid bagi melindungi dirinya dari terjebak ke dalam rusuhan tersebut..
si gadis terkejut apabila mendapati bukan dirinya sahaja yang berada di dalam masjid malah ada seorang pemuda juga di suatu sudut yang ditemani cahaya lilin,, jadi dia membuat keputusan utk berdiri diam di situ dan mengharap, si pemuda tidak mengetahui kewujudannya di situ..
oleh kerana si pemuda merasa kan seperti ada sesuatu yang tidak kena , lalu si pemuda memalingkan wajahnya ke belakang dan si pemuda terkejut apabila mendapati ada seorang gadis bersama dgn nya di dalam satu masjid dan dengan segera si pemuda mengarahkan si gadis utk meninggalkan masjid itu..

si pemuda berharap agar si gadis segera meninggalkan masjid tersebut .. tapi si gadis enggan keluar kerana di luar masih terjadinya rusuhan...
 setelah si pemuda puas menyuruh si gadis keluar , akhirnya dia terpaksa akur kerana risau akan keselamatan gadis itu lalu membenarkan si gadis duduk di masjid itu walau hati si pemuda keberatan...
 tik ! tok ! tik ! tok ! jam berbunyi dan ......
 ..... ...... ....... ...... ......
 setelah rusuhan telah reda.. si pemuda menawarkan diri untuk membawa si gadis pulang ke rumahnya.. tetapi si gadis hairan lalu bertanya mengapa hampir setiap detik si pemuda meletakkan jari si pemuda pada lilin yang masih ada apinya... tetapi si pemuda enggan memberitahu...
puas si gadis berkeras ingin tahu .. dan akhirnya si pemuda memberitahu mengapa di melakukan hal tersebut...
si gadis diam membisu......
keesokkan harinya... si ibu kepada gadis ingin menjodohkan anaknya dengan pilihan mereka tetapi.... si gadis enggan menerima....
 si gadis memberanikan diri menolak lamaran tersebut.. dan menyatakan perasaannya yang sudah terpaut kepada si pemuda yang berada di dalam masjid semalam...

si gadis berani menceritakan apa yang telah terjadi di masjid itu semalam.... kepada ummi dan abinya..


allah telah mencatatkan jodoh mereka ... kisah cinta yang mungkin sukar terjadi di zaman kini... oleh kerana si pemuda takutkan balasan dan azab oleh Allah,, jadi dia lebih memilih utk ttp dengan imannya... oleh kerana itu.. Islam telah menyuruh agar kita berkahwin kerana EMPAT perkara :-
* Kecantikkannya...
* Kekayaannya...
* Keturunannya...
* Agamanya....
tetapi disini,, yang paling penting,, kahwinlah kerana agamanya.. nescaya kamu akan bahagia...





so,, dah abis dah kan ? salina seronok bace comic nie... that y salina kongsikan dkt blog nie.. hehe... ambil iktibar dari cerita nie,, kisahnya... andai seorang lelaki tu betul2 cintakan kita ... dia tak kan berani utk sentuh kita walau ape pun alasannya.. zaman sekarang nie.. ada ke lelaki yang sanggup pgg api pada lilin bagi mengawal dirinya dari terus melakukan maksiat ? payah seribu dalam satu kan ?? *fikir balik.... hmmm
kalau ada pun... mmg susah nk cari zaman sekarang kan...

so.. for the ending... carilah lelaki mcm pemuda/gadis tadi.. mmg ada dalam dunia nie,, tp,, kita pun kenalah berusaha utk jadi yang lebih baik kan.. masih ingat lagi janji Allah ??

"perempuan yang baik adalah buat lelaki yang baik.. dan lelaki yang baik adalah buat perempuan yang baik.. dan begitulah sebaliknya.."