D'Boss! ![]() Chatting Credits!
| Tuhan tolong jaga dia selalu untuk diriku
tolong sampaikan pada si dia beberapa pesanan aku untuk dia :- tolong beritahu si dia , aku ada pesanan buatnya.. tolong beritahu si dia , cinta agung adalah cintaNya.. tolong beritahu si dia , cinta manusia bakal membuatnya alpa.. tolong nasihati si dia , jangan mencintai aku lebih dari dia mencintai Yang Maha Esa.. tolong nasihati si dia , jangan mengingati aku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa.. tolong nasihati si dia , jangan mendoakan aku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya.. tolong katakan pada si dia , dahulukan Allah kerana di situ adanya syurga... tolong katakan pada si dia , dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya... tolong ingatkan si dia , aku terpikat padanya kerana imannya bukan rupanya.. tolong ingatkan si dia , aku lebih cintakan zuhudnya bukan hartanya.. tolong ingatkan si dia , aku kasihinya kerana santunnya.. tolong tegur si dia , bila dia mula mengagungkan cinta manusia,, tolong tegur si dia , bila dia mula tenggelam dalam angan-angannya,, tolong tegur si dia , andai nafsu mula mengawal fikirannya,, tolong sedarkan si dia , aku milik Yang Maha Esa tolong sedarkan si dia , aku masih milik keluarga.. tolong sedarkan si dia , tanggungjawabnya besar pada keluarganya.. tolong sabarkan si dia , usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana.. tolong sabarkan si dia , andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta.. tolong sabarkan si dia , bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya.. tolong pesan padanya , aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya... tolong pesan padanya , aku tidak mahu menjadi punca kegagalan padanya.. tolong pesan padanya , aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya.. tolong khabarkan pada si dia , aku tidak mahu melekakan dia.. tolong khabarkan pada si dia , aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya.. tolong khabarkan pada si dia , jadilah penyokong dalam kejayaanku.. tolong sampaikan pada si dia , aku mendambakan cinta suci yang terjaga.. tolong sampaikan pada si dia , cinta kerana Allah tidak ternilai harganya.. tolong sampaikan pada si dia , hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungannya dengan Yang Maha Kuasa... tolong sampaikan pada si dia kerana aku tidak mampu untuk memberitahunya sendiri... Hanya engkau Ya-Allah yang mengetahui siapa si dia.. moga pesanan ku ini sampai padanya walau di mana juga dia berada... moga si dia tetap teguh dalam mujahadah cintanya.. menjadi pengemis cinta ilahi dan perindu syahid abadi... "sandarkanlah cinta kepada Allah.. pasti tidak kecewa kerana pasti ada balasan ... dan ingatlah sesunggguhnya matlamat tidak meghalalkan cara" wallahu'alam <3 bismillahirrohmanirrohim " ALLAAHUMMA INNII URIIDU AN ATAZAWWAJ, ALLAA-HUMMA FAQADDIRLII MINAR RIJAALI AHSANUHUM KHALQAN WA KHULQAN WA AUSA'UHUM RIZQAN WA A'ZHAMAHUM BARAKATAN WA QADDIRLII MINHAA WALADAN THAYYIBAN TAJ'ALUHU FAKHRAN FII HAY-AATII WA FAUZAN BA'DA MAUT " dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang... ertinya : " Ya Allah , aku ingin menikah .. Ya-allah, tetapkanlah untukku lelaki yang paling tampan paras dan akhlaknya, yang paling luas rezkinya, yang paling banyak berkahnya, dan kurniakanlah aku darinya anak yang baik , yang engkau jadikan kebanggaanku di masa hidupku dan keberhasilanku setelah kematianku " .. aamin ya robbal alamin.... :) |