Searching for jannah

D'Boss!

Assamualaikum ! be nice here . leave ur footprints at my cbox :)Do read do follow

Entries About Linkies Stuff


Chatting


Credits!

Template: zaatboy boy
Basecodes: AtieQa Afiqah
Others:   

sejadah cinta...

dengan kalimah bismillahirahmanirrahim... assalamualaikum wbt.. syukur ke hadrat ilahi,, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW... alhamdulillah kita berjumpa lagi setelah sekian lama salina tak update blog nie,, bukan disengajakan ,, tp salina x bnyk masa untuk update blog nie..  almaklumlah salina baru je lepas habis exam SPM .. so, terima kasih kepada semua yang telah mendoakan salina selama nie,, hanya Allah yang dapat membalas budi baik kalian semua.. AMIN ! .. semakin salina sibukkan diri dengan mencari ilmu-ilmu Allah .. semakin allah datangkan kepada salina sahabat2 yang baik , yang soleh dan solehah..  hari nie salina nk kongsi sikit ttg tajuk baru sbb salina tau ramai yang rindu salina kan ??  *perasan.. ^_^ hehe gurau.. jadi.. dengan kalimah bismillah.. izinkan saya.... :)



entry salina kali nie lain mcm sikit,, tajuknya ttg "SEJADAH CINTA"
apa itu sejadah cinta ?? maksudnya luas sgt.. Allah S.W.T. telah menciptakan kaum adam buat kaum hawa, ianya,,  lelaki buat wanita.. xpernah lagi salina jumpe kalau lelaki diciptakan utk bersatu dengan lelaki atau sebaliknya.. sejadah cinta membawa maksud percintaan yang berasaskan kasih Allah semata-mata,,, percintaan itu bertemu pabila kita meminta petujuk dari Allah melalui solat istikharah.. jika dia yang terbaik buat diri kita,, insya-allah dia akan kekal menjadi milik kita.. tetapi andai dai bukan milik kita,, percayalah bahawa Allah ada rancangan yang lebih baik buat kita ... bak kata pepatah kita merancang , Allah yang menentukan...



bila kita menemukan seseorang yang baru hadir di dalam hidup kita,, kita seharusnya meminta petunjuk dari Allah melalui solat istikharah agar kita tidak tersalah memilih pasangan.. pernah salina baca sebuah kisah ttg seorang pemuda yang jatuh cinta pada seorang gadis melalui pandangan pertama mereka.. di dalam solat , bacaan mengaji pemuda tersebut sering terbayang kan gadis itu,, bila sedar dirinya di lamun cinta pemuda itu tabah kan diri masuk meminang gadis itu tetapi sayang , hancur hati pemuda itu tatkala mengetahui gadis yang di cintai telah pun di pinang orang,, walau hati pemuda itu berkecai tetapi dia redha akan ketentuan ilahi .. di dalam situasi yang sama gadis itu juga menaruh harapan untuk menjadi permaisuri pemuda itu, tp apakan daya dirinya kini menjadi tunangan orang lain..

suatu hari gadis itu tidak dapat menanggung rindu dan akhirnya menghantar sepucuk surat kepada pemuda itu. gadis itu mengajak pemuda itu untuk datang ke biliknya atau dia akan ke sana berjumpa pemuda itu,, kerana patuh akan arahan Allah,, pemuda itu menolak ajakan gadis itu dan mengirimkan serbannya kepada gadis itu sebagai tanda pengubat rindu.. akibat dari perbuatan pemuda itu,, si gadis telah meninggalkan gaya hidupnya yang lama dan kembali taat kepada Allah.. mereka sering bermunajat dan mengabdikan diri hanya kepada Allah.. di pengakhiran cerita , peminangan wanita itu telah di batalkan .. kerana cinta yang kuat di antara pemuda itu dan si gadis .. akhirnya Allah telah pertemukan mereka di atas satu sejadah cinta...

oleh kerana dalamnya perasaan cinta antara mereka,, jika kita yakin dengan kekuasaan Allah, dengan cinta Allah,, dengan kasih sayang Allah,, segalanya boleh terjadi ,, tiada apa yang mustahil di dalam dunia ini jika kita berpegang teguh dengan Allah.. kita akan mendapat cinta yang amat hebat.. sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambanya.. Allah akan memberikan kita segala-galanya andai kita betul2 yakin dengan-Nya..



for the ending.. kita sendiri tahu bagaimana hebatnya kuasa Allah yang mampu menyatukan dua hati menjadi satu di atas satu jalan menuju redhanya... jika kita menemukan seseorang di dalam hidup kita,, x semestinya dia adalah jodoh kita.. sekuat mana kita bertahan, setabah mana kita berusaha,, andai Allah kaa ,, dia bukan milik kita,, dia tetap bukan milik kita... hanya satu perkara yang boleh kita lakukan adalah dengan meminta petunjuk dari Allah.. kerana sesungguhnya kita adalah hambanya yang sering memerlukan pertolongan dari-Nya..



ya-Allah,, terangi jalan hidupku dengan cahaya kasihmu,, bimbinglah daku dengan hidayahmu..
tuhanku.. di malam syahdu ku mohon ampunilah dosaku yang lalu...
sujudku... mendambakan keredhaan mu.. tempatkan lah daku di dalam rahmatmu..
ya-aAllah.. tunjukkanlah jalan kebenaran,,, suburkan jiwaku dengan keimanan
hanya pada-mu oh tuhan.. ku sandarkan harapan....

alhamdulillah.. setakat nie saja entry salina kali ni.. semoga kalian mendapat menfaat dan iktibar di atas cerita cinta tadi... moga kita berjumpa lagi .. insya-allah.... :)
assalamualaikum.... ^_^