Searching for jannah

D'Boss!

Assamualaikum ! be nice here . leave ur footprints at my cbox :)Do read do follow

Entries About Linkies Stuff


Chatting


Credits!

Template: zaatboy boy
Basecodes: AtieQa Afiqah
Others:   

penghijrahan... :)



assalamualaikum,,, kata seorang sahabat baik saya,, x terlambat utk kita berubah ke arah yang lebih baik , sementara ada waktu eloklah kita persiapkan diri berubah ke arah yang lebih baik, kita xkan tau berapa lama lagi kita akan hidup di muka bumi allah ni,, sebelum mata tertutup, diri ni nk berhijrah ke arah yang lebih baik.. insya-allah,, bila salina teringat pada semua sejarah silam salina,, dosa2 yang terlah dilakukan,, rase macam dah give up nk teruskan hidup lagi,, tp bila seorang sahabat salina mula berubah ke arah yang lebih baik,, salina nak turut serta dalam penghijrahan yang baru ni :) setiap tingkah lakunya, gerak gerinya, setiap apa yang dia katakan,, sangat berhemah,, ditambah pula sikapnya yang ayu dan sopan santun membuat salina cemburu melihat diri dia yang kini dihormati oleh semua orang,, berbanding dgn salina,, sangat berbeza watak hidup kami berdua.. tp,, Allah itu maha berkuasa,, mungkin disebabkan Dia nk lihat salina juga berubah, Dia menghadiah kan seorang sahabat yang mungkin akan membantu salina ke arah penghijrahan nanti.. seperti apa yang salina katakan di atas td.. aku tidaklah semulia KHADIJAH ,, tidaklah setaqwa AISYAH,, pun tidaklah setabah FATIMAH,, aku cuma wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi SOLEHAH..

tipulah kalau salina ckp salina x cemburu melihat wanita2 di dalam twitter , facebook dan mcm2 lagi aplikasi zaman kini yang indah dan cantik memakai purdah,, subahanallah ,, mereka tersangatlah cantik.. malah ada yang sudah mendirikan rumah tangga di awal usia lagi.. seperti seorang kakak yang bernama ema rahmah ,, salina berkenalan dgn saudari nie ketika melihat sahabat salina 'like' status dye,, saat pertama kali melihat dia,, hati salina terasa sejuk sekali,, kak ema , mmg memakai purdah jika keluar bersama suaminya.. malah dia sedang menunggu ketibaan cahaya matanya yang ke-2 .. subahanallah !! tipulah kalau salina ckp salina x cemburu dgn kak ema,, tp ape2 pun satu je harapan salina utk kak ema,, semoga kak ema dan suaminya akan kekal sehingga ke akhir hayat hidup mereka, dan dipertemukan di syurga kelak.. :)



bercerita mengenai perkahwinan kak ema td,, gambar di atas merupakan keluarga kak ema,, sempurna bukan ?? tersangat sempurna,, mengalir air mata salina melihat gambar di atas,, subahanallah,, sungguh cantik kak ema,, sungguh tampan suaminya,, sungguh comel anak mereka ,, doa salina mengiringi jalan cinta mereka di atas cinta Allah... :') ... terpegun salina melihat kecantikan diwajah kak ema,, walaupun salina belum pernah melihat kak ema di depan mata, tp membayangkan wajah disebalik purdah kak ema,, salina tau,, kak ema sememangnya cantik.. :) beruntung suaminya... hehe.. hmm perempuan mana yang x mahu mendirikan rumah tangga kan ?? sama juga situasinya mcm salina,, salina nk juga ada seseorang yang mencintai salina seperti mana kisah cinta para nabi2 di zaman dahulu,, mesti bahagia kan andainya si dia mencintai kita sebagaimana yang disuruh oleh agama islam... :)

berbalik pada topik perbualan kita yang awal2 tadi... salina akan berhijrah ke arah perubahan dari segi rohani dan jasmani x lama lagi.. kita akan start dari awal dan semakin lama semakin berubah.. mungkin mengambil masa yang lama,, tp benda tu semua x pernah menjadi masalah buat salina utk terus berubah,, cuma 1 yang salina mintak,, supaya Allah menurunkan malaikat2 nya utk melindungi salina dari melakukan perbuatan yang disengajakan atau x disengajakan..  kadang kala kita harus berubah untuk menjadi diri kita yang baru.. tinggalkan semua kisah yang lama,, kini tiba masanya untuk kita kembali mengenai siapa pencipta kita,,, tanpa Dia kita xkan hidup dan bernafas di muka bumi ini.. dah mula tiba saat kita bercinta dengan Allah , dan mengenal siapa diri kita yang sebenarnya... masih x terlambat untuk kita berubah ,, masih x terlambat untuk kita bertaubat,, dan masih x terlambat untuk kita menyesali apa yang telah kita lakukan..

akhir kata dari salina... dalam hidup di muka bumi Allah ni,, kita perlu sedar di mana kita berpijak,, bukan berangan x tentu pasal... kembali lah ke jalan yang benar selagi kita masih diberi kesempatan,, ajal dan maut di tangan allah.. tak ada siapa yang tahu.. jadi wahai insan2 di luar sana.. kembali lah di mana sepatutnya kamu kembali... assalamualaikum.... :')

credit to : kak ema rahmah ... dan sahabat salina.. *eza elhanis :)