D'Boss! ![]() Chatting Credits!
| malam lailatulqadar ...
assalamualaikum,, ramadhan dah nk berakhir,, sedih ,, pilu rase hati,, hanya Allah yang tahu.. 10 malam terakhir ,, seperti yang di janjikan oleh Allah s.w.t. ada 1 malam yang teristimewa iaitu MALAM LAILATULQADAR.. Allah menghadiahkan ke atas umat islam 1 malam yang jika siapa yang beramal pada malam itu , ia bersamaan dengan 1000 bulan atau 83 tahun 3 bulan .. menurut pandangan Imam Ghazali, lailatulqadar boleh diketahui melalui : - jika awal manadhan pada ahad atau rabu , maka lailatulqadar pada malam 29 ramadhan. - jika awal ramadhan pada isnin , maka lailatulqadar pada malam 21 ramadhan. - jika awal ramadhan pada selasa atau jumaat, maka lailatulqadar pada malam 27 ramadhan. - jika awal ramadhan pada khamis, maka lailatulqadar pada malam 25 ramadhan, - jika awal ramadhan pada sabtu, maka lailatulqadar pada 23 ramadhan. petanda2 lailatulqadar dapat diketahui melalui : - malam itu langitnya kelihatan suci bersih , bulan bercahaya segar dan indah, suasana nya nyaman , tidak sejuk dan tidak panas - langit tidak diganggu bintang, dan terbit matahari pada waktu paginya memancarkan cahaya putih yang tidak terik seperti cahaya bulan purnama. bagaimanapun hanya Allah yang mengetahui hakikatnya.. ini hanya sekadar perkongsian , tidak semestinya ianya berlaku sedemikian.. :) jika kita ditakdirkan utk menjadi tetemu Allah pada malam tersebut.. ikut lah suruhan Rasulullah s.a.w , baginda bersabda "bacalah, Ya-Allah, sesungguhnya engkau maha pengampun , engkau menyukai pengampunan , maka ampunkanlah (kesalahanku)" sekian.. terima kasih kerana membaca :) |