Searching for jannah

D'Boss!

Assamualaikum ! be nice here . leave ur footprints at my cbox :)Do read do follow

Entries About Linkies Stuff


Chatting


Credits!

Template: zaatboy boy
Basecodes: AtieQa Afiqah
Others:   

saat aku... kita... tak ada siapa siapa

assalamualaikum, pagi yang dingin, pagi yang indah .. wassup fellas ! yo ! well, time salina tulis blog ni waktu pagi okay.. so , awak awak semua ... jangan la buat muka terkejut pulak.. ^^
well.. bismillah... hurmm dah lama sangat salina tinggalkan blog ni kan,, pena pun dah lama tak menari nari dekat atas kertas di blog ni... huhu so bila ada kesempatan, ni yang nak tulis tak berhenti henti ni..
so ada tak orang yang rindukan salina ? eh eh.. maksud salina, entry di blog salina ni... ada tak ?
krik.. krik.. *k macam sunyi je.. haha ok macam perasan sendiri kan ? haha

haish... nak tulis apa eh .. hurm.. apa eh .. ha ! *keluar mentol :p
dah ada idea dah... huhu.. ehem ehem.. salina nak tulis tentang
"SAAT AKU...KITA TAK ADA SIAPA SIAPA"
okey ke ?? okay la tu... kan ? so give me a space.. eceh.. haha

bismillahirahmanirrahim.. dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
salina nak tanya.. pernah tak, kita rasa hati kita kosong ? pernah tak kita rasa hidup kita macam tak ada life ? pernah tak kita rasa seolah olah kita tak ada siapa siapa ? of course right ? salina rasa 100% manusia dalam dunia ni pasti setuju dengan salina.. kita sedar hati kita kosong , kita sedar hidup ni macam tak ada life, and kita sedar kadang kala kita rasa seolah olah kita tak ada sesiapa kan ?  TAPI ! salina nak tanya, pernah tak kita cari solution untuk masalah kita ? jawapan yang mudah "TAK PERNAH"


cuba kita duduk dan muasabah diri sendiri,, untuk apa aku hidup ? untuk apa aku di dunia ini ?? please ! take your time untuk kenal semua siapa diri kita,., kita hidup dekat dunia ni tak lama.. ada satu tempat yang kekal .. hanya satu ! "jannah" .. ia milik kekal selamanya.. Allah telah berfirman.. :-

jawapan yang kukuh untuk semua masalah kita ,, Allah jadikan kita untuk kita menyembah dan beribadat hanya lah kepada Allah yang satu.. susah ke ?? kalau ada yang kata susah .. *dush ! ni makan diaaaaa... tak pernah susah untuk beribadat kan ? Allah bagi kita 24 jam dalam satu hari.. kita cuma perlu luangkan around 10 minute untuk ambil wudhu dan solat .. 5 kali sehari.. 5 x 10 minute = 50 minute... and kita masih ada 23 jam 10 minit ..susah ke ??? susah ke ??!! tak kan ?? well sory cakap,, daripada kita main candy crush la,, on facebook la,, on twitter la,, main game dota la,, itu la ,, ini laa.. ehem ehem,, kalau awak awak semua pandai agihkan masa untuk beribadat dalam urusan seharian even main game pun tak apa lah.. ni, tak membuang masa je.. better kita buat amal ibadah right ? well salina tak nafikan ada kalanya salina pun online jugak.. tp tanggungjawab pada Allah tetap kena laksanakan

ehem ehem,, berbalik pada tajuk asal kita,, cuba kita tanya diri kita , "adakah Allah ada dalam hati aku ?"
and cuba cari maksud yang paling dalam,, kita ingat Allah tak ? kita bersyukur tak untuk semua pemberian Allah ?? kudrat yang Allah bagi ?? well,, salina nak kongsikan satu cerita,, maybe ada yang dah tau, and maybe ada yang belum tau..
cerita dia macam ni.. ada seorang anak kecil merangkak hingga ke dapur melihat ibunya masak, lalu apabila dia terlihat ada pisau di atas dapur, anak kecil ini merengek rengek nak kan pisau tersebut, tapi si ibu tidak memberikan pisau tersebut kepada anaknya, bukan kerana tak sayang pada anaknya, tapi kerana si ibu percaya itu bukan barang mainan dan takut anaknya akan cedera nanti akibat pisau tersebut.. macam tu juga dengan Allah, kadang kala kita minta yang bukan bukan di dalam setiap doa kita, tapi, bukan kerana Allah tak beri apa yang kita nak itu tandanya tak sayang,, tp Allah tau apa yang baik dan buruk untuk kita..
don't you see ,, betapa baiknya Allah pada kita ?? pernah tak kita terfikir semua ni ??  Allahu !



berbalik lah semula pada Allah.. curah kan segala isi hati pada Allah,, buatlah seolah olah kita bercakap pada sahabat kita,, tp kali ni tukar sikit,, bukan sahabat,, tp pencipta kita.. jangan segan atau malu,, percayalah,, kita akan rasa lebih tenang dan damai kalau kita betul betul hayati maksud setiap ucapan kita.. Allah ada jawapan bagi setiap masalah kita.. ^^


lastly,, before salina off.. just remember.. "we are not alone, because Allah is always with us !!"
hilangkan segala kesedihan yang ada,, and tersenyumlah untuk hari yang bakal datang ^^
senyumlah walau kat mana pun awak awak semua ada,, :)
salina mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri maaf zahir dan batin.. and maafkan salina andai ada yang terasa dengan entry salina hari ni.. *susun sepuluh jari
wabillahitaufiq walhidayah assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.. ^^